This is PTSL..
My favourite place...Entri kali ini adalah berkaitan PTSL. PTSL adalah perpustakaan di UKM, dan ia juga perpustakaan terbesar di Asia Tenggara dan menjadi rujukan banyak pihak. Apa yang aku nak ceritakan di sini adalah bukan berkenaan PTSL semata- mata, tetapi sedikit berkenaan diri aku dan PTSL.
Pada asalnya, aku hanya memandang PTSL sekadar sebuah perpustakaan sahaja di mana ia tidak memberi apa- apa manfaat kepada aku selain untuk mencari buku dan meminjam buku. Pada aku, itulah fungsi sebenar perpustakaan. Oleh itu, sepanjang aku berada di tahun 1 di UKM, aku tidak pernah menjejakkan kaki ke PTSL selain pada minggu orientasi sahaja. Bagi aku, tiada sebab untuk aku ke sana, aku tidak faham, kenapa ramai yang suka pergi ke PTSL? terutama untuk belajar, dalam bilik pun boleh la weh.... - inilah fikiran aku.
Apabila aku mula berada di tahun 2, semester 1, aku mula berjinak dengan PTSL, menemani kawan- kawan meminjam buku dan tidak timbul walau sedikit pun dalam diri aku untuk mengenali PTSL. Masuk semester 2, aku mula mengenali PTSL, kerana tugasan aku pada semester ini memerlukan aku untuk menggunakan rujukan buku. Pada mulanya, aku rasa itu sangat leceh. Internet kan ada... susah je nak pinjam buku...
Tapi, entah bagaimana, aku jatuh cinta dengan PTSL. Aku suka dengan suasana di sana. Terasa aman dan tenteram perasaanku apabila berada di PTSL. Dan, kini aku pengunjung setia PTSL. Aku selalu ke sana jika berkesempatan. Aku membuat tugasan di sana, belajar di sana, solat di sana. Betapa aku sangat menyukai PTSL. Dan port aku di sana adalah bahagian Koleksi Asia Tenggara dan di Koleksi Am, di mana meja aku adalah berdekatan dengan kedai fotostat dan bilik pascasiswazah. Sedikit sebanyak, aku mula memahami kenapa pelajar- pelajar suka berada di PTSL.
Selalunya, bila aku berkunjung ke PTSL, aku pasti akan balik lewat petang. Misalnya, aku ke PTSL pada jam 10 pagi, petang jam 6, baru aku bergerak pulang ke bilik. Malahan, jika ada kawanku mengajakku ke PTSL pada waktu malam pun, aku sanggup pergi. Rasanya aku sudah kemaruk dengan PTSL.
Sebenarnya perpustakaan bukanlah tempat aku aku sukai. Setiap kali masuk perpustakaan, pasti aku dapat rasa satu beban yang berat di bahuku. Aku sendiri pun tidak tahu sebabnya. Tapi, kini, PTSL merupakan tempat kegemaranku. Aku sendiri tidak tahu kenapa aku menyukainya, tapi yang pasti, aku tenang di sana.
Terima kasih Ya Allah kerana membuka pintu hati ini dan masih diberi peluang sebaik itu.
:)
So, untill next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~
Salam, tergerak hati untuk membaca blog ni. Saya juga hairan kenapa ramai pelajar suka pergi ke ptsl.. Selepas 5 bulan menjalani latihan industri disana, bru saya sedar fungsi ptsl kepada pelajar.
ReplyDelete