Baru sampai balik ke Malaysia, tiba- tiba sudah rasa rindu dengan Bangkok. Otak aku ni penuh dengan memori- memori di Bangkok. Mood untuk ke kelas esok masih lagi di tahap paling minimum.
Aku rasa, jasad aku di Malaysia, tapi soul aku masih lagi di sana. Aku masih belum puas menjelajah Bangkok. Banyak lagi tempat yang aku tidak sempat melawat.
Kalau ada kesempatan, aku mahu lagi pergi ke sana. Aku teramat suka dengan Bangkok. Tak tahu kenapa, tapi, perasaan aku bila balik Malaysia sudah lain macam. Entah kenapa, rasa macam pelik sahaja bila balik ke sini, sedangkan, inilah negara asal aku, tempat tumpah darahku.
Walaupun letih ke sana ke mari di Bangkok dengan berjalan kaki, tapi, aku rasa itulah pengalaman yang tidak pernah akan aku lupakan. Betapa, aku sangat sukakan Bangkok. Sedikit sebanyak, aku mula memahami, kenapa Adib suka Bangkok. Kenapa ramai orang yang suka Bangkok. Soalan aku sudah mula terjawab.
Rasanya, aku perlu ke sana lagi. Aku ingin lagi mempelajari sesuatu yang baru di sana. Aku mahu menjelajah Bangkok lagi. Aku mahu menyelami cara hidup seorang Muslim di Bangkok, senang, susahnya hidup di sa
Rasa- rasanya, boleh x, aku kawen dengan orang sana?? hahahhaa
Rasa- rasanya, boleh x kalau aku nak kerja kat sana?? Boleh x??
Rasa- rasanya, boleh x aku nak buat latihan industri kat sana?? Boleh x??
Ya Allah, izinkan aku buat LI di sana dan bekerja di sana.. Tolonglah YA ALLAH.. aku sangat sukakan Bangkok.. Bantulah aku.. Aminn..
so, untill next time,
~ May be peace upon you ~
TQ
No comments:
Post a Comment