Thursday, 31 May 2012

RAHSIA HATI..

Orang kata, pendam perasaan itu menyakitkan kan?? Memang sakit sangat bila kita pendam je, nak luah pulak takut, so asyik dok pendam jek..terpaksa pula berhadapan dengan orang yang kita suka setiap hari,  sampai kita hati kita tu da penuh dengan perasaan, then akan sampai satu peringkat, kita terpaksa luah.. Masa tu, kita akan rasa berdebar, malu dan sebagainya.

Sebenarnya aku pernah punya pengalaman macam ni. Tuhan je taw betapa seksanya batin aku. Kenapa?? Sebab kita kawan ngan dia, kena selalu berhadapan dengan dia, bila ada perempuan dekat dengan dia, nampak mesra, makk aiii... cemburunya!! Tapi, walau bagaimanapun, orang yang dia paling suka layan adalah aku. Itulah yang menyebabkan aku pernah suka kat dia. Tapi, masa tu still budak- budak lagi, umur pun br 14 tahun.. So, benda couple2x ni memang aku tak mahu la sebab nt mama marah. Takut!! Pasal tu la aku pendam je.

Sebab nak elakkan diri dari dia, aku gi sekolah teknik. Sampai la kat sana, perasaan aku tertanya- tanya, adakah dia suka aku? Sebab layanan dia kat aku dulu pelik sikit.. hehehe.. ~ tersenyum tingat zaman dulu ~
So, aku pendam je perasaan tu sampai la aku form 6, upper 6. (lama x??) Then, aku jumpa fb dia, so, aku minta no fon. Aku ni da xsanggup da pendam perasaan lagu tu kan. Da letih. So, i decided to tell him what i feel towards him. Dan, guess what? Dia cuma cakap 2 patah perkataan je, ' MINTA MAAF'. Maknanya, luahan hati aku telah ditolak.

Tapi, walaupun ditolak, aku xnangis, xsedih, mungkin sebab aku dah dapat agak jawapan dia. Hati aku rasa teramat lega, macam da xada bebanan yang perlu aku heret bersama aku. Alhamdulillah..

Dan sekarang, seriously, aku da xsuka kat dia lagi. Aku anggap dia macam kawan sahaja. Rasanya, aku xboleh nak suka kat dia pasal, aku memang xde perasaan kat dia.

So, kalo dulu, aku cakap xmaw couple sabab mama marah, dan sekarang.. aku xmaw couple sebab Allah marah dan couple itu haram. Nampak x apa hikmah di sebalik kejadian- kejadian yang telah menimpa aku??
Ia membuatkan aku ni menjadi seorang yang lebih baik. Betapa Allah menyayangi hambanya.

Kesimpulannya, aku masih single, but not available. Even kalo aku suka kat someone pun, aku xkan cakap. Jodoh- jodoh ni kerja tuhan, so, biarlah Allah yang tentukan. Kali ni, kalau aku pendam pun, ia xlah seperit dulu, sebab mungkin kerana aku serahkan semuanya pada Allah swt.

So, dalam hidup ni, bila kita ada letakkan pagar antara nafsu dan akal, dan kembali kepada Allah swt, pasti kita akan peroleh ketenangan. Insyallah..

So, untill next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~

No comments:

Post a Comment