Tuesday, 5 June 2012

GETTING OLDER...

Hari ini bertarikh 5 Jun 2012. Sebenarnya aku just nak share cerita tentang exam aku yang semakin dekat ni. Sedar x sedar, aku hampir menghabiskan baki sisa tahun 2 aku berada di UKM. Tanggal 13 Jun 2012, aku akan menduduki exam aku yang pertama.

Selepas tamat exam pada 28 Jun 2012, aku akan sambung belajar untuk short semester plak. Dan bila short semester habis, aku akan masuk tahun 3.. (ggrrrr... tahun akhir... ) macam xpercaya pulak aku akan berada di tahun 3 nanti. Rasanya, aku baru sahaja masuk UKM ni. Pejam celik, pejam celik, dah nak masuk tahun 3. Cepatnya masa berlalu...

Bila dah masuk tahun 3 nanti, aku semakin mendekati dunia pekerjaan. Hurrmm.. xsangka aku akan jadi seorang dewasa. Rasanya otak dan pemikiran aku ni belum bersedia ke arah itu, ye la, cakap pun still macam budak- budak lagi, xmatang langsung. Hehehe... xsangka sungguh, usiaku ini bakal menjangkau pada 23 tahun pada tahun 2013, iaitu tahun depan.

NO MATTER WHAT HAPPEN, I WILL GETTING OLDER..
~ IT IS TOO HARD TO FACE REALITY ~
AAARRRGGGHHHHHHH!!!!!


Rasanya, baru semalam aku pakai baju sekolah, pergi sekolah, makan dengan kawan- kawan, fokus pada STPM, exam STPM, dapat result yang agak best jugak la, masuk UKM, jadi pelajar tahun 1.. dan sekarang tahun 2, dan bakal jadi pelajar tahun 3 seterusnya menjawat jawatan graduan dan CEO Syarikat Aqeela SDN. BHD.. (Angan- angan semata) Hehehe.. sebab aku akan apply for PTD myself. Xkisah la berapa kali aku akan apply, tapi aku nak jugak jd PTD.. Bukan sebab kerja itu kerja glamor, tapi sebab aku memang berniat untuk kerja PTD and explore many things yang aku xsempat nak explore sepanjang aku belajar di Malaysia ni.

So, untill next time,
TQ,
~ MAy be peace upon you ~

No comments:

Post a Comment