Wednesday, 13 June 2012

PERMINTAAN SAYA BUAT TUAN..

Tuan tulang rusuk... Saya nak buat permintaan kepada tuan.. Ya, saya mungkin xkenal tuan, tapi, saya tetap nak buat permintaan ni jugak..

Sebenarnya, ramai kawan- kawan saya tanya saya, " Kila, kau nak laki yang macam mana ye?"
Saya terdiam.. Saya memang xdapat nak jawab soalan tu.. sebab saya jarang memikirkannya.. Selagi saya belum habis belajar, saya akan jarang fikir hal ni..

Tapi, entah kenapa la tuan, saya baru terfikirkan.. 
So, permintaan saya pada tuan adalah::-

  1. Tuan perlulah seorang yang baik dan beriman serta beramal soleh. Tuan xperlu tunjuk bahawa tuan ni termasuklah orang- orang baik, tapi cukup sekadar melakukannya dan tanpa sedar, saya tahu, itulah sifat tuan. Itu sudah cukup bagi saya.
  2. Saya harap tuan akan selalu menegur setiap kelakuan saya yang kurang elok di mata tuan agar saya boleh menjadi orang yang lebih baik pada masa hadapan.
  3. Cukuplah tuan ni sekadar sedap mata memandang. Xperlu hensem macam Aaron aziz pun xpe.. Selagi tuan berada pada paksi yang betul, saya pasti dapat menerima tuan.
  4. Biarlah tuan educated tentang hal dunia dan akhirat supaya kita tidak akan sesat di sini dan di sana.

Tuan, itulah ciri- ciri penting yang saya mahu ada pada diri tuan. Saya ni bukan bagus sangat.... bukan baik sangat.. jahil agama, banyak lagi yang saya perlu belajar dalam soal agama... sebab tu, kalo boleh saya nak tuan ni orang yang boleh membimbing saya. Insyallah.. Semoga Allah memakbulkan hasrat saya. Semoga saya akan berjumpa tuan seperti ciri- ciri yang saya tekankan.. :)

Aminn..

So, until next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~

No comments:

Post a Comment