Sunday, 18 March 2012

HARI YANG MEMUASKAN

Hari ini, setalah kebosanan melandaku beberapa hari berturut- turut, akhirnya aku dapat melepaskan kebosanan itu bersama Ayu, teman sebilikku. Aktiviti membeli- belahku bersama Ayu berjalan lancar, dan buat pertama kali, aku rasa sungguh puas membeli belah.

Walaupun puas, aku terselit juga sedikit kesedihan di hati ini. Sebanyak RM 177 duit melayang. Sungguh menyedihkan. Betapa aku menyanyangi duitku itu. Ohhh, duitku, maafkan aku kerana menggunakanmu, tapi, memang takdirmu dijadikan untuk digunakan. Tapi, tidak mengapa, semua barang yang dibeli itu untuk kegunaanku sepanjang 1 semester ini. Harapanku, selepas ini, aku tidak lagi perlu membelinya lagi.

Banyak barang yang aku beli, Dynamo, set safi Balqis, mushroom soup campbell, air oren F&N, pakaian kecik wanita, foundation, lipstick, lotion, pelembab bibir, mandian, shampoo dan sebagainya. Semua barang yang aku beli ini dikira sebagai barangan 1 semester. Kos RM 177 untuk 1 semester. Boleh dikatakan, aku akan berjimat cermat selepas ini.

Kalau dikira, banyak lagi barang yang aku nak beli, handbag, baju baru, jam tangan baru dan kasut- kasut baru. Tapi, aku kuatkan hati dan semangat, belilah barangan yang diperlukan dahulu sebelum barangan kehendak hati. Bila difikirkan, agak menyedihkan hidup ini, tapi, lebih bertuah berbanding hidup orang yang dalam kesusahan. Alhamdulillah, bersyukurlah dengan apa yang ada.


so, untill next time,
TQ
~ May be peace upon you ~

4 comments: