I love you, Ace!!
Hari ini, aku tiada kelas. Macam biasa, aku free for the whole day. Memang best kalau aku boleh keluar jalan- jalan cari kasut dan sandal baru di Kajang, tapi dengan siapa aku nak keluar? Semua kawan- kawan ada kelas. Ada yang kelas pagi, kelas tengah hari dan kelas petang. Inilah nasib aku. Cuti pun, tak boleh nak pergi jalan- jalan, melainkan hari Jumaat.
Pagi tadi, aku menemankan seorang kawan aku, Zaza Zali ke Pusat Kesihatan UKM. Zaza demam selesema yang agak teruk. Suara pun berubah menjadi sengauan. Lama menunggu, akhirnya dapat juga berjumpa doktor. Ubat pula, Masyallah.. banyak sangat.. antiboitik la, tahan sakit la, ubat batuk la, ubat selesma dan ubat sakit tekak. Telan dan makanlah semua ubat itu ye, Zaza Zali.
Inilah muka Zaza Zali.. buruk gila!! hahahaha.. p/s: gurau je.. |
Lebih kurang beginilah muka Zaza. Kesian kan?Aku doakan semoga Zaza cepat sembuh.. dan rajin- rajin ke kelas.
Sampai bilik, Ayu sudah pun balik dan tertidur. Letih sangat barangkali. Aku pula, cepat- cepat buat apa yang patut sebagai umat Islam. Alhamdulillah, Allah masih menyanyangi aku dan aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk beribadat kepadanya. Semoga hatiku ini sentiasa terbuka dalam mencari keredhaannya, aminn..
Selepas solat, Ace memanggilku. Owh, ada mesej rupanya, patutlah aku dipanggil. Aku hanya tersenyum membaca mesej tersebut. ' Pak cik ni, mesti boring.. sebab tu mesej aku..', bisik hati kecilku. Tanpa menunggu lama, aku cepat- cepat membalasnya. Aku suka berkawan dengan pak cik, mungkin sebab aku rasa selesa kot. Apa- apa je la..
Oh ya, Kak Long dah balik UKM. Program tu pun dah habis. Tak sabar aku rasa nak dengar cerita- cerita dan pengalaman Kak Long di Gua Musang.. Mesti lawak dan kelakar. Hahahaha..
So, untill next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~
thank kila...sbb temankan aku gi PK. huhu. kau teman aku masuk dlm bilik jmpa doktor.
ReplyDeletealololo... xleh umpat sikit mu ni... hahaha
Delete