Friday, 23 March 2012

KISAH HARI INI

Pada saat ini, jam menunjukkan 11.35 malam. Aku keseorangan di dalam bilik. Teman sebilikku ke Melaka untuk mendapatkan maklumat tentang subjek warisannya. Aku? Aku pula kebosanan akibat keseorangan. Bilikku ini dirasakan sepi sekali. Hanya bunyi lagu yang aku pasangkan sahaja membuatkan bilikku ini agak bising, memecahkan kesunyian bilikku ini.

Ayu, cepatlah balik.. Aku sunyi sangat sekarang ni.. T_T

Hari ini, seawal jam 10 pagi, aku telah berjalan ke fakulti untuk berjumpa dengan En. Radzuan. Selepas menyiapkan kertas kerja ke Thailand bersama En. Radzuan, aku dan kawanku, Mimi dan Pijah bergerak pulang ke Kolej. Kami berjanji akan berjumpa En. Radzuan semula pada jam 3 petang iaitu selepas solat Jumaat. Kami perlu mengedit kertas kerja tersebut sebelum dihantar ke JPPel.

Jam 2.30, kami bergerak ke Jppel. Selepas selesai penghantaran kertas kerja, kami berjumpa dengan Cik Najwa untuk sedikit nasihat. Pada 4. 45 kami bergerak pulang ke kolej. Pada jam 5 petang, aku dan Rosni keluar ke Hentian Kajang untuk mendapatkan tiket, sebab nak balik nanti cuti semester ini.

Kemudian pergi pasar malam, beli buah- buahan dan mee goreng. Pergi bubuh minyak motor Ayu. Dekat Maghrib baru sampai ke kolej. Aku berehat, mandi dan solat. Kemudian buka FB.. Hehehe..

Apa- apa pun, ianya adalah hari yang meletihkan.


So, untill next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~

No comments:

Post a Comment