Saturday, 24 March 2012

RUMAH HANTU HAKERA

Alkisahnya, pada hujung minggu ini, Kolej Dato' Onn telah menganjurkan satu event diberi nama HAKERA. HAKERA is stands for................ Aku sendiri pun tidak mengetahuinya. Di sebabkan kebosanan pada hujung- hujung minggu ini, aku mengambil keputusan untuk melawat HAKERA. Ada beberapa tapak jualan yang berlangsung. Gerai kegemaranku tak lain dan tak bukan, gerai jual jambu. Aku suka yang amat sangat.

Hari Sabtu, iaitu pada 24 Mac 2012, hari kedua berlangsungnya HAKERA. Semasa melawat HAKERA, tiba- tiba hatiku ini tertarik untuk mencuba RUMAH HANTU. Bunyi menarik, kata hatiku. Sebelum ini, rumah hantu ada je, tapi, langsung tak ada perasaan nak masuk. Kali ini, tiba- tiba sahaja nak masuk. Jadi, aku dan Rosni membuat keputusan untuk memasuki rumah hantu. Tiket sebanyak RM 3/ orang dikenakan.

Bunyi dari luar macam menyeramkan. Bila masuk, kelakar pulak. Hahaha..

Hantu- hantu asyik menjerit sahaja.. Tak letih ke? Fikirku. Kalau boleh, nak saja aku tanya dengan hantu- hantu tu. Hehehe..

Macam- macam hantu ada dalam rumah tu, hantu pocong, hantu hilang anak, hantu raya la kot...

Apa- apa pun, memang kelakar. Rasa debar tu sememangnya ada. Lawak sangat!!!



Inilah serba sedikit pengalaman semasa HAKERA berlangsung.
Tahniah diucapakan kepada krew RUMAH HANTU " Tangisan Dari Kubur "
tapi, kenapa tak buat liang lahad dalam khemah tu??? :)

So, untill next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~

No comments:

Post a Comment