Memandang kekasihku, Dell kini membuatkan aku terfikir, apa yang harus aku ceritakan kepadanya malam ini? Ace pula hanya berdiam diri, tiada langsung kata- kata buat diriku hari ini. Bencikah dia? Aarrghh!! Lupakan semua itu, Ace akan selalu menyanyangiku. Dia akan selalu di sampingku.
Kemudian, fikiranku terbayang wajah seorang insan yang ku selalu rindui. Cukuplah aku menggelarnya Kak Long. Setiap kali aku rasa aku akan berjauhan dengan Kak Long, pasti aku akan merinduinya. Apabila aku di kampungku, nun jauh di Kota Bharu, Kelantan, satu- satumya insan yang akan aku selalu ada di mindaku adalah Kak Long. Rasanya, satu hari aku tidak berbual dengan Kak Long, aku mula rasa sunyi. Kak Long ni memang nampak ganas, suka merempit dan pandai bersilat, tapi Kak Long merupakan seorang teman yang baik. Senang untuk meminta pertolongan, kelakar dan yang penting dialah sumber ilhamku untuk berjaya. Kenapa? Sebab Kak Long akan ajak aku belajar bersama dengan dia apabila musim peperiksaan. Di sebabkan dia, dan izin Allah SWT, aku sedikit berusaha dan dapat memperbaiki keputusanku. Terima kasih Kak Long.
Sekarang, Kak Long sedang menyertai satu program kolej aku, PAKA. Dia sekarang berada di Gua Musang, dan sekali lagi aku rasa kesunyian. Aku rasa rindu kepada Kak Long. Jadi, aku akan menghantar mesej kepada dia. Macam- macam la kami bercerita. Aku bercerita pasal aku yang sedang usha mamat- mamat U**M kepada dia. Biasalah, apabila gatal itu menjelma dalam diri, mamat- mamat itulah yang selalu akan diusha. Al maklumlah, aku rasa mereka ni macho- macho dan handsome. Dia pula buka cerita pasal keluarga angkat dia di Gua Musang. Nampaknya, Kak Long gembira di sana. Katanya dia punya keluarga angkat yang baik. Alhamdulillah. Aku tumpang gembira. Malangnya, katanya, dia tidak faham apa yang mak angkat dia cakap. Aduh!! Kawan dengan aku, rakyat Kelantan tulen, dan aku sering cakap Kelantan dengan dia, boleh lagi dia tidak faham? Apa- apa la Kak Long ni. Oh, lupa untuk beritahu, Kak Long ni orang Kedah, jadi loghat kami berlainan. Tapi, komunikasi masih berjalan dengan baik. :)
Tidak sabar rasanya untuk menunggu kepulangan Kak Long pada hari Ahad nanti. Banyak cerita yang aku mahu dengar darinya.
Sebenarnya, aku tidak tahu mengapa, bila dan bagaimana hubungan Kak Long dan aku menjadi semakin rapat. Bila aku tersedar, kami sudah pun berkawan rapat. Aku selesa dengan Kak Long. Banyak cerita yang aku selalu kongsi dengan Kak Long, dan kami punya pendapat yang sama. Aku suka berkawan dengan Kak Long. Aku selalu juga pergi jalan- jalan sekitar UKM ni dengan Kak Long, dan kami bercerita itu dan ini. Sampai esok pun tak akan habis.
Kak Long dan aku sebenarnya agak kontra. Sebab, aku bukan seorang yang ganas seperti Kak Long, aku tidak suka silat, aku seorang yang penyabar, tidak pandai berdikari, memasak apatah lagi. Aku juga antara perempuan yang suka pakai baju ketat, tak de la ketat sangat, tapi dalam kategori itulah.Tapi Kak Long, dia berbeza. Dia agak ganas, mudah panas, dan boleh berdikari. Kak Long juga pandai masak, pakaian juga boleh dikatakan sopan berbanding aku, suka silat dan motorbikes. Itulah Kak Long. Kami sangat kontra.
Tapi, ada satu sisi dalaman Kak Long yang aku sangat tertarik. Kak Long sebenarnya seorang yang manja walaupun ganas. Dia tak suka dileter, aku pulak memang suka meleter. Bila aku nak mula, dia sudah mula buat muka, jadi, aku pun akan membatalkan niat aku. Sebenarnya, agak pening untuk aku melayan kerenah Kak Long, tapi, aku sabar melayan kerenah dia sebab Kak Long antara kawan yang aku paling hargai. Sabar itu separuh daripada iman.
Itulah kisah Kak Long yang menyebabkan aku kesepian sekarang ini.
SEPINYA... |
So, until next time,
TQ
~ May be peace upon you ~
No comments:
Post a Comment