Timbullah idea untuk berkongsi tentang pemakanan yang dapat menguruskan badan. Kebetulan aku sememangnya mahu berdiet. Entah jadi, entah ke tidak diet aku ni. Haih... aku sekadar mengeluh.
Terima kasih kepada Ayu kerana memberi inspirasi kepada aku. XOXO.. :)
1) Epal
- dapat membantu mengurangkan kolestrol dalam badan
- tidak menghasilkan kalori
- Hasil kajian menunjukkan seseorang yang makan sebiji epal sehari adalah lebih baik bebanding orang yang memakan makanan diet seperti roti, biskut dan sebagainya.
2) Ikan salmon
- makanan laut adalah makanan yang terbaik untuk pemakanan
- ikan juga mempunyai lemak untuk membantu kita berasa kenyang dengan lebih lama
- kajian juga ada menunjukkan bahawa sesiapa yang memakan makanan laut untuk beberapa kali seminggu dapat menurunkan berat badan sebanyak 2 pound berbanding orang yang tidak memakannya.
3)Telur
- sebagai sumber protein yang baik.
- kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil sarapan telur pada waktu pagi, dapat membantu untuk melawan peningkatan berat badan untuk sepanjang hari. Ini kerana kandungan protein dapat membuatkan kita berasa kenyang.
4) Tomato
- Sebenarnya semua sayur sesuai untuk berdiet, jadi tomato adalah salah satu contohnya. Ini kerana tomato teramatlah mudah untuk didapati dan agak enak untuk dimakan, terutamanya CHERRI TOMATO..
NYUM NYUM...
NYUM NYUM...
5) Badam
- Sengenggam badam dapat membuatkan anda berasa kenyang. P/S: Jika anda suka makanan yang ringan- ringan.. :)
- Kajian menunjukkan bahawa wanita yang memakan badam 2 kali seminggu dapat mengekalkan berat badan mereka berbanding wanita yang tidak mengambilnya.
Sumber: pemaniskata.blogspot.com
Info: top5reason
Sumber: pemaniskata.blogspot.com
Info: top5reason
Well, itu sahajalah..
So, untill next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~
TQ,
~ May be peace upon you ~
No comments:
Post a Comment