Sudah lama aku tidak menulis sebuah cerpen. Kekadang, bila rasa itu menjengah, bila idea membuak- buak, bila hati ini meronta- ronta, aku seakan tidak berdaya untuk melakukannya. Padahal, dahulu, aku sering menulis cerpen. Jika dihimpunkan, rasanya sudah bertimbun cerpen tersebut. Namun begitu, aku tidak pernah menyimpannya. Kesemua cerpen, aku telah berikan kepada kawan- kawanku. Akhirnya, tiada satu pun yang ada.
Setelah hampir 4 tahun tidak menulis cerpen, hati ini merindui masa itu. Dulu, aku punya rakan yang sedia untuk membaca cerpenku. Aku gembira dan sentiasa rasa didorong untuk menulis. Entah bila, tanpa aku sedari, aku mula rasa bosan dengan semua ini. Akhirnya, aku malas lagi untuk menulis.
Sekarang, aku akui, aku rindu untuk berkarya semula. Kalau boleh, aku mahu jadikan blog aku ini sebagai satu media penulisan aku. Boleh kan??
Boleh la lawati di http://diarybuku.blogspot.com
Title: SEKADAR CERPEN PENDEK
Cerpen pertama aku bertajuk ZULAIKHA..
So, untill next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~
No comments:
Post a Comment