Tetapi, bukan itu aku mahu bicarakan di sini. Aku mahu bercerita mengenai salah seorang rakan sekelasku, Rizki Aryandi Putra namanya. Kami hanya memanggilnya Rizki. Rizki berasal dari Indonesia. Apabila aku melihatnya, hatiku ini selalu digeletek. Bukan aku mahu memperkecilkan Rizki, tapi, Rizki sememangnya nampak blur sentiasa. Sukar untuk aku berkomunikasi dengannya. Kadang- kadang, boleh jadi misunderstanding pulak.
Blur itu satu masalah, ditambah pula dengan buat kerja yang agak lambat. Maaf Rizki kerana mengata di sini. Pensyarah bagi task 2 minggu sudah, tapi masih tidak siap lagi. Ada masalah ke, Rizki?
Tapi, Rizki baik juga orangnya. Apa yang kita cakap, dia mengiakan sahaja. Ikut sahaja cakap orang. Tambah- tambah cakap aku yang banyak cakap dalam kelas. Aku yang sememangnya gila kuasa, telah melantik diri sendiri sebagai ketua kelas Cross- Culture Management, al- maklumlah, aku ini sememangnya popular dalam kelas.. Ngeh ngeh ngeh..~ PERASAN SUNGGUH ~
GAMBAR YANG TIADA KAITAN DENGAN CERITA.. |
So,
Rizki, you should change. Be competitive, don't just listen to others. Sometimes, you should be brave enough to move on and voice out your opinions. You should try to be a leader, or i laugh at you.. hehehe..
Rizki sebenarnya masih lagi seperti pelajar sekolah, pemikirannya kurang matang berbanding rakan sekelas yang lain. Mungkin kerana faktor perbezaan usia, Rizki dalam 17 tahun, dan kami dalam usia 21-22 tahun, menyebabkan Rizki berfikiran dan berkelakuan begitu. Tidak mengapa Rizki, masa akan mematangkan anda. Tambahan pula, sistem pembelajaran di Indonesia dan di Malaysia yang teramat berbeza. Rizki mungkin dalam proses menyesuaikan diri dengan sistem di Malaysia. Good Luck, Rizki!
Apa- apa pun, aku doakan Rizki akan menjadi seorang yang berjaya dunia dan akhirat.
So, untill next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~
No comments:
Post a Comment