Tiba- tiba pada hari ini, sesuatu yang melucukan telah berlaku. Hatiku tercuit dan aku rasa ianya amat melucukan. Hatiku hanya mampu tersenyum. Mengapalah wujudnya manusia sebegitu?? Aku tersenyum lagi. Manusia memang banyak kerenahnya, kan Qeela?
Akan aku ceritakan kisah yang aku rasa lucu ini di sini.
Pada 16 Mac 2012, pada jam 2.05 minit pagi, aku telah menerima satu mesej masuk daripada nombor yang aku sendiri tidak kenali. " Hai..", katanya. Aku yang baru terlelap terus terjaga apabila isyarat mesej masuk berbunyi. " Siapa pulak ni.. tiba- tiba hai kat aku..", gomel hatiku. Tanpa menghiraukan mesej tersebut, aku terus tidur. Aku terlelap dengan senang, tidurku terus hadir tanpa diundang.
Pada 17 Mac 2012, aku telah bersiap untuk ke Mid Valley, keluar berjalan- jalan bersama temanku, Zaza Zali. Kami telah menonton wayang, cerita Bunohan, lakonan Pekin, Faizal Hussin dan Zahiril Azam. Cerita 100% cakap dialek Kelantan. Memang memartabatkan bahasa Kelantan. Aku teramatlah suka menonton cerita ini. Sebenarnya, sebelum bertolak ke Mid Valley, aku telah menghantar mesej kepada no yang tidak dikenali itu, " Sape ni?.." bunyi mesejku. Namun tidak berbalas. Aku hanya membiarkannya. Mungkin kawa- kawanku yang mahu mengenakan aku kot, bisik hatiku.
Di Mid Valley, semasa menonton wayang, mesejku pagi tadi telah dibalas. Namun, aku betul- betul tidak mengenali lelaki yang mengaku dirinya bernama Liey. Katanya dia berjumpa denganku di UKM. Pantas otakku berfikir, aku tidak punya kawan lelaki bernama Liey. Jadi, siapakah Liey ini? Aku memarahinya dan terus, dia bertindak mendiamkan diri. Aku berasa lega, sekurang- kurangnya dia tidak mendesakku.
Pada hari ini, 18 Mac 2012, aku memesan Pizza Hut Delivery (PHD), kerana teman sebilik kesayanganku, Ayu belum makan lagi.. makan malam maksudku. Jadi, kami mengambil keputusan untuk memesan pizza sebagai makan malam kami. Selepas memesan pizza, aku mandi dan menunggu ketibaan pizza kami.
Selesai mandi, dan menyiapkan diriku, telefonku berbunyi. " Ni mesti pizza yang telefon ni", bisikku. Aku hanya menjawab sahaja. Panggilan itu hanyalah bertujuan untuk memastikan alamatku. Selesai panggilan tersebbut, aku sekadar berbual dengan Ayu.
Dalam 15 minit kemudian, satu panggilan masuk telah diterima. " Aik, macam kenal je nombor ni", bisikku. Namun aku terus mengangkatnya. " Saya dari pizza, dah sampai", katanya. Lebih kurang gitulah. Selepas meletekkan panggilan, aku terus memeriksa nombor tersebut. SAH!! Nombor yang sama!! Rupa- rupanya budak penghantar pizza yang mesej aku!! Adush!!
Tiba- tiba aku jadi berdebar dan gabra. Bagaimana aku mahu menghadapi mamat ni? Bisikku. Namun, aku berlagak tenang, berpura seperti aku tidak mengetahuinya.
Selepas mengambil pizza dan membayarnya, aku terus masuk ke bilik. Aku hanya tersengih dan mengelengkan kepala. Adoi, mamat ni.. cakap la awal- awal dia tu budak yang hantar pizza, aku bukan nak marah pun, yang aku nak marah sebab dia tak nak cakap siapa dia.., gomelku sendirian. Pantas aku menghantar mesej kepadanya, " Lorh, nape xcakap awal- awal budak yang hantar pizza? Law cakap kan senang,?" dan dia membalasnya, " saje, takut orang xsudi nak berkawan". Hahaha.. aku hanya mampu tergelak. Aku memang tak sudi jika aku tak kenal orang itu, tapi aku rasa aku ok sahaja jika dia mahu berkawan sebab dia yang banyak kali tolong hantar pizza pada aku, walaupun itu memang sudah menjadi tugasnya. Hahaha.. :)
Memang penghantar pizza betul la.., hatiku berkata- kata.
Aku boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Tidak bermaksudku untuk menggatal, kerana aku lansung tidak berminat untuk menggatal. Sekadar berkawan apa salahnya. Aku berpegang pada prinsip, berkawan biar beribu, bercinta biar satu. Jadi, sesiapa yang mahu berkawan denganku memang dialukan, sama ada lelaki atau perempuan. Sepanjang hidupku 22 tahun, rasanya aku senang berkawan dengan semua orang, polis, pembantu perubatan, kerani, pensyarah, jurujual dan juga penghantar pizza. Hehehe...
So, until next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~
TQ,
~ May be peace upon you ~
No comments:
Post a Comment