Dalam beberapa hari ini, aku tersedar bahawa berat badanku mula bertambah. Ini mungkin disebabkan tabiatku yang suka makan tidak mengira waktu dan makanan. Bila perutku mula memberi salam, aku akan mula menjawabnya, mencari makanan yang boleh dimakan. Makanan itu tak lain, dan x bukan, PIZZA ataupun KFC. Ada juga aku makan laksa penang dan mee kari dalam satu masa. Nasi pula aku makan pada waktu tengah hari. Jika lapar lagi, aku juga akan turut memakannya sebagai makan malam. Lihatlah, betapa banyaknya aku makan. Rakan- rakan sudah mula menegurku, aku nampak semakin berisi. Ya Allah, aku tidak mahu itu terjadi. Jauhilah aku...
Oleh kerana itu, aku telah merancang untuk berdiet. Aku pun sendiri tidak pasti sama ada dietku ini berkesan atau tidak. Insyallah.. akan berkesan. Aku akan kurangkan kuantiti makanan aku, banyakkan minum air masak berbanding air sejuk dan melakukan banyak pergerakkan. Aku mahu menjadi seperti sebelum ini. Ya Allah, bantulah hambamu ini..
Zaza Zali, Berry, aku mitak maaf sebab tak dapat join korang jogging tadi, al maklumlah, aku ke pasar malam petang tadi. Sampai bilik, badan aku sudah pun keletihan. Dan, sekarang, aku sudah mulai rasa mengantuk. So sorry... :)
So, untill next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~
No comments:
Post a Comment