Sudah dua tahun kami bersama. Rasanya aku semakin serasi dengan dia. Dia memang teman yang baik. Harap hubungan kami kekal hingga ke anak cucu. Alhamdulillah..
Masa awal perkenalan kami dahulu, agak kekok rasanya untuk berbicara dengannya. Namun, aku cuba menyesuaikan diri. Dan, ternyata, semakin lama, kami semakin rapat. Kami agak serasi bersama. Kami selalu makan bersama, sebelum makan mesti berbincang dahulu dengannya. Paling senang, jika masing- masing letih, pesan pizza aje la.. hahahaha
Nor Hidayu bt Abdul Rahman. Itulah nama temanku, memerangkap teman sebilikku. Aku hanya memanggilnya Ayu. Ayu juga berasal dari Kelantan, juga daerah Kota Bharu sepertiku. Teman sebilikku ini, kecik sahaja tuannya, jauh beza dengan aku. Aku ni agak gemuk dan berisi, pakaian aku, mak aii!! Selekeh gila.. Tudung memang selalu xjadi la kalau aku pakai. Selipar jepun itu menjadi temanku. Ayu pula, pemakaiannya sentiasa kemas, selipar jepun hanyalah dipakai untuk ke jamban dan dia punya selipar lain jika mahu berjalan- jalan sekitar UKM. Sandal untuk ke kelas dan kasut. Itulah Ayu.
Pun begitu, kami serasi. Kawan Ayu, kawanku jua. Kawanku, kawan Ayu jua. Makanan aku, makanan dia jua, dan sebagainya. Kebanyakkan barang dalam bilik aku ni dikongsi kami. Daripada makanan hinggalah ke seterika, basuh baju, pinggan mangkuk, charger telefon, dan macam- macam lagi. Hidup kami di sini tidak seperti hidup pasangan roomate lain. Ramai antara mereka tidak serasi dengan teman sebilik, tapi tidak aku. Alhamdulillah.. Aku bersyukur dengan kurniaan Allah SWT. Sesungguhnya, semua ni ketentuan Allah SWT.
Dulu, kami tidaklah serapat ini, seingat akulah. Tapi, lepas kemalangan yang berlaku tahun lepas, kami menjadi semakin kuat dan semakin rapat. Aku betul- betul bersyukur. Sekurang- kurangnya kemalangan itu memberi satu hikmah kepada kehidupan kami. Kami semakin mengenali diri antara satu sama lain. Sehari kalau tidak gaduh, memang tak lengkap rasanya hidup kami. Tapi, bukan gaduh besar, cuma gaduh- gaduh bodoh saja. Hahaha.. Sebenarnya, itulah warna- warni kehidupan aku dan Ayu. Kalau Ayu pulang Kelantan, mesti bilik aku rasa sunyi yang teramat sangat. Itulah perasaanku. Ayu? Aku tidak tahu, kerana itu perasaan dia.
Ayu ni, walau pergi ke mana sekalipun, mesti ingat aku. Pergi Zoo Negara pun bawa balik bulu burung kat aku. Hahaha.. Lawak la.. Anyway, thanks Ayu. Pergi program Green Rose pun, curi mug dan buku note -untuk aku. Melepas habis orang lain. Nak beli baju pun, tanya pendapat aku dan sebaliknya. Aku sangat- sangat percayakan Ayu.
Ayu juga dah punya teman lelaki, Akief namanya. Dengan Akief ni, aku pernah jumpa. Boleh tahan orangnya, sedap mata memandang. Aku rasa senang berkawan dengan Akief. Aku juga yakin, Akief mampu memberi kebahagiaan buat roomate kesayanganku ini. Aku akan selalu doa yang terbaik buat mereka. Aminn..
Jadi, bagi aku, Ayu sememangnya THE BEST ROOMATE EVER!!
Walaupun, pernah la dulu dia menakutkan aku dengan situasi- situasi tertentu, tapi aku anggapnya sebagai ujian untuk menguatkan dalaman diriku. Alhamdulillah, semuanya sudah berlalu pergi. Kejadian menakutkan itu juga hanya tinggal kenangan. Doaku, semoga Ayu menjadi Ayu hari ini.. semoga dia dijauhi daripada perbuatan dendam orang lain. Amin..
So, untill next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~
No comments:
Post a Comment